Friday 26 September 2014

Tak Boleh Halang

Apa lagi boleh kita buat. Bukan atas daya kita. Sekuat mana kita halang, walau besi sebagai penghadang, jika mereka tetap mahu keluar dari hidup kita..

Aku dah tewas pada seorang yang bernama kekasih. Kali ni aku tewas pada seorang sahabat yang aku kasih.






Bukan kali pertama. Setahun lepas juga. Aku tahu adakalanya, aku buangkan dunia kawan, sahabat, tapi ketahuilah tidak bermakna aku buang dari hati. Lagi-lagi anak itu. Aku dah jatuh sayang sangat. 

Kawan.

Tak kira berapa lama tidak bersua, tidak bertegur sapa, tapi bila bertemu kita akan tetap erat seperti dulu.





Tuesday 19 August 2014

My second interview

Last interview session,
Sept 2012.

Semalam call,
Esok kena datang.

Apa yang perlu aku prepare?

Monday 5 May 2014

You

"You know how blessed I am of having these wonderful people in life.
But still, there's someone I could never forget is living somewhere.."

I miss you.

Friday 25 April 2014

BERHENTI KERJA

Tak suka macam mana pun, tak mungkin tak ada kenangan manis. Banyak. Semua. Semua manis. Kecuali yang satu tu. Disebabkan yang satu itu lah, aku buat keputusan drastik BERHENTI KERJA.

Jangan anggap yang satu itu hanya kelompok kecil, yang satu itu perkara remeh, natijahnya memberi tekanan emosi yang sangat tinggi. Dia berjaya jadikan aku seorang yang sangat lemah. Bekerja sambil berendam air mata. Dia berjaya buatkan aku seorang yang hilang rasa segan. Menangis tanpa malu.

Aku jadi begini bukan sebab kerja. Tapi sebab dia.

Ikutkan nafsu, macam-macam aku nak ungkit. Dari awal aku joined bekerja di HQ. Tapi benda menyakitkan buat apa nak ingat. Betul? Baik ingat perkara-perkara manis yang baaaaaaanyak tu.

Aku dapat team mates yang best. Kerjasama tak perlu dipertikai. Nak share apa pun tiada halangan. Sayang sebenarnya nak tinggalkan. Bayangkanlah dari dua tahun lepas aku tergerak hati nak tarik diri tapi sentiasa tertangguh. Sebab aku sayang. Sayang betul nak tinggalkan akak-akak yang memahami boleh bawa bincang takde rasa iri hati yang tak mungkin sama boleh dapat di tempat lain. Tanyalah BFF, dah muak dengar. Siapa yang rapat yang pernah rapat mesti pernah dengar perkataan nak berhenti kerja keluar dari mulut ni. Cumanya yang kata nak berhenti, tengok-tengok tercongok juga sini. Lepas tu mengadu lagi cakap nak berhenti hehe.

Kali ni.. Cukuplah. Satu ayat yang buat aku betul tawar hati. Tak guna lagi tunjuk muka dan tak perlu dipertahan. Aku bulatkan hati, taip resignation letter. Tak sangka. Siap surat macam satu beban terbang hilang naik ke langit. Ringan. Lega. Mungkin benda ni lah yang patut aku buat dari dulu.

Hari ni last day. 

Perasaan tu berbaur.

Aku percaya setiapnya ada tersimpan hikmah.

Aku sangat yakin yang itu. Doakan. *senyum*

Friday 11 April 2014

Tokyo : Departure and Arrival

Mac, dua puluh lapan 2014.

Flight malam, 23:35. Siang kerja. Cuma niat hati nak fullday, mengenangkan barang tak pack lagi, terpaksa halfday. TERPAKSA. =P

Tapi betul tau. Satu apa tak masuk dalam luggage. Malam dah nak fly. Kali ni punya trip tak tertunggu macam ke Korea tuari. Tengok-tengok dah sampai masa nak pergi.

Sebenarnya yang kata nak halfday pun tak guna, bas takde. Sia-sia. Buang masa. Sampai rumah pukul 4 lebih. Dengan mengantuk malam tu stay up baking ada dua order, sampai rumah terpaksa tidur dulu. TERPAKSA lagi.

Abaikan cerita selanjutnya, packing barang start dalam pukul 6 buka gobok tarik saje baju yang ada, yang mana selesa bawa berjalan cukup. Mandi-mandi siap, lepas maghrib terus gerak ke KLIA.




Dua hari sebelum pergi baru berani beritahu Ayah Ibu Babah Mama nak ke Tokyo. Tak terkeluar dari mulut nak cakap awal-awal, sebab balik dari Korea kena warning, "Jangan pergi mana-mana dah lepas ni. Pergi Mekah dulu. Lepas tu nak pergi mana, pergilah." -Ibu

No wonder dapat cop anak paling keras kepala hewhew tengoklah tu muka Ibu. Tak rela HEHE tapi nak hantar.





Kepada yang nak tahu, kami dapat tiket murah juga sama macam Korea dulu (AirAsia X MYR500/++ pergi balik) baru berbaloi kan nak merantau. Kali ni booked masa MAS offer untuk Independence Day August 31th, 2013. MYR1000/++ pergi balik. Semua cakap murah bila dapat tahu.

***

Ada kejadian sebenarnya masa flight, right after departure. Mungkin sebab hujan. Demi Tuhan, aku tak pernah rasa macam tu, kapal terbang bergoncang bergegar lebih dari biasa tak macam selalu bila turbulence, dan kau rasa kapal terbang macam menjunam beberapa saat. Semua dalam tu dah menjerit-jerit yang kebanyakkan Japanese and Chinese. Aku, tutup mata rapat-rapat. Jantung laju. Mengucap tu jangan cakaplah. Berkarung.

Drama sangat kan tapi betul, rasa nyawa hujung-hujung. Lepas stable kat atas, dah tak ada apa. Aku jelah yang tak boleh nak lelap mata. Tak tenanglah hoi. Tapi bila dapat makanan, habisss. Lapar. Siapa cakap makanan MAS tak sedap. Each meal yang disediakan semua licin. 

Sampai Narita Airport, 07:15 waktu tempatan lebih kurang 06:00 waktu Malaysia. Syukur. Terang benderang masa landing.


***


Hello, Tokyo!


Tergedik-gedik tak terkawal masing-masing bila keluar dari kapal terbang. Belum apa-apa dah berpuluh gambar. Baru dekat arrival, belum collect luggage pun. Setiap langkah captured. Cuma gambar ini saje boleh revealed yang lain semua muka excited entah hape-hape. Sampai tempat collect luggage, tinggal luggage kami tertelak elok satu sudut teheee.




Dari Narita Airport ambil train (Toei Subway) terus ke Asakusa, Tokyo untuk check in hostel. Kami booked Khaosan World Asakusa Ryokan & Hostel, bersebelahan Asakusa View Hotel. Dari Asakusa train station ke hostel berjalan 30 minit. 

Check in pukul 3, jadi kami ada masa lengang selama 4 jam! Store dulu luggage dekat  lobi hostel dan kami merayap. 






Makcik-makcik pantang kalau dapat merayap. Cuaca pun sangat baik.


Ni route makcik-makcik berjalan sementara nak check in.  






Berduyun-duyun orang dari setiap pelusuk datang untuk Cherry Blossom Festive di Sensoji Temple, Asakusa yang berlangsung selama seminggu dalam setahun.

Cukup masa, sharp 15:00 kami check in. 

Tidur tanpa sedarkan diri..


Friday 14 March 2014

Boleh lah?


"When people said, 'saya tak sempurna' sebab dia rasa dia gemuk, look, kegemukan bukan ketidaksempurnaan." -Ladynoe

Jadi,

Boleh lah aku doa dia gemuk selama-lamanya?

Wednesday 5 March 2014

Walaupun Sardin

Bukan susah untuk aku happy. Puji je apa yang aku masak,
walaupun hanya..


Walaupun hanya SARDIN mihmih Sardin Masak Kicap aku lah paling legend masa study dulu.
*riak*