Friday 26 September 2014

Tak Boleh Halang

Apa lagi boleh kita buat. Bukan atas daya kita. Sekuat mana kita halang, walau besi sebagai penghadang, jika mereka tetap mahu keluar dari hidup kita..

Aku dah tewas pada seorang yang bernama kekasih. Kali ni aku tewas pada seorang sahabat yang aku kasih.






Bukan kali pertama. Setahun lepas juga. Aku tahu adakalanya, aku buangkan dunia kawan, sahabat, tapi ketahuilah tidak bermakna aku buang dari hati. Lagi-lagi anak itu. Aku dah jatuh sayang sangat. 

Kawan.

Tak kira berapa lama tidak bersua, tidak bertegur sapa, tapi bila bertemu kita akan tetap erat seperti dulu.