Friday 20 December 2013

Baking Class at KG Studio (Part II)

Bukan main sekarang masuk baking class pulak. Last week class is more on decorating, the techniques and playing with the colours to make the cake looks stunning, tapi Rabu lepas, Disember 18, we were focus on the cake itself. How to make a perfect cake! Taklah macam cake yang selalu aku buat. Buat memang jadi, tapi banyak yang tak jadilah haih.

Kelas sepatutnya start pukul 10 tapi ramai yang lambat. Jammed. Yang sesat pun ada tak jumpa lorong. Aku sampai dalam 9:20 eh awal juga sebab yang aku perasan masa dekat petrol pump Pekan Ampang pun pukul 9. Aku bajet jalan jem sangat jadi keluar rumah pukul 8:50 macam tu. Nak ke Taman Melawati memang dekat pun kan. Duduklah dalam kereta sementara nak pukul 10. Dalam kereta boleh naynyi-nyanyi. :/

Seronok, bila masuk studio, nampak muka-muka yang familiar. Tak sangka kelas kali ni, mostly muka-muka yang sama saje. Senanglah. Tak kekok.

Almost 11 baru start sebenarnya. Mula dengan filling dan frosting dulu. Kak Rina cakap bila benda-benda tu dah siap, senang. Lepas masak kek dah boleh terus decor. Tak perlu nak tunggu sejuk ke apa dulu nanti. Hehe takde intro-intro dah. Terus mula. Ice-breaking pun tak payah. Dah kenal kan-- 

Bahan-bahan untuk filling dan frosting boleh tahan banyak dia. Untuk filling, buat tiga jenis, Salted Caramel, Salted Caramel Ganache dan Starwberry Compote. Masa baca hands on, eh kenapa pulak Strawberry Compote? Bukan Strawberry Preserve ke?


Chapter 4 dah.








Masa ni semua untuk buat filling dia. Yang atas untuk Salted Caramel dan Salted Caramel Ganache, bawah pula untuk Strawberry Compote. Sama saje rupanya Strawberry Compote dan Strawberry Preserve. Beza dia cuma satu tu ada masukkan jem strawberry, satu lagi takde. Semata guna fresh strawberry. Ala dua-dua sama. Hasilnya, dapatlah Jem Strawberry yang sihat sebab takde sebarang campuran bahan kimia lain atau pewarna-- Lagi banyak Strawberry lagi kau tak keruan.





Lepas siap filling, untuk frosting pula. Kali ni Kak Rina ajar Chocolate Hazelnut Frosting. Masa Chapter 3 dah belajar untuk Buttercream dan Cream Cheese Frosting. Cukup syarat lah kiranya. Masa tengah buat tu, bau coklat bau hazelnut paste bau vanilla bau butter Ya Tuhan sedapnyaaa. Tak sabar nak makan.


Kena pakai brand yang sama sebiji kalau tidak, rasa dan texture semua lari.

Sebabkan dah lambat, kelam kabut sikit nak kejar masa. Terus measure bahan untuk kek. Belajar buat White Cake which is a basic for Rainbow Cake. So nanti bila nak buat Rainbow Cake, masukkan saje pewarna bagi dia kaler-kaler. Nice kan?

Buat White Cake macam buat Red Velvet Cake ada masukkan Buttermilk yang aku tak dapat bayang langsung macam mana buat Buttermilk tu walaupun dah banyak kali search resipi. 
-____-


Jadi, resipi Buttermilk senang saje. 1 cup of Fresh Milk (Dutchlady) and 1 tbsp of Vinegar. Kacau sebati. Siap--






Fresh from the oven. Nampak macam kuning sangat. Tapi tak pun sebenarnya. Bagi sejuk dulu baru layer kan dengan filling.

Final look for the cake-- Perfect White Cake with Salted Caramel Ganache and Strawberry Compote. Tempting--

Masa White Cake dalam oven, sediakan bahan untuk second cake. Masa memang suntuk sangat. Nasib baiklah group dengan Kak Lynn sememangnya expert juga buat-buat cake. Kak Lynn ni lah yang dari Singapore semata datang KL untuk baking class. Gigih betul. 

"Never ending learning." Kak Lynn

The second cake-- Chocolate Nutella Cake with Chocolate Hazelnut Frosting and Salted Caramel. Yang paling tak sabar sekali. Tak sempat langsung nak ambil gambar each steps. Kejar masa satu hal, tangan pun penuh dengan coklat tak boleh nak pegang handphone. Part yang paling suka, masa nak tabur topping. Boleh sesuka hati. Boleh ambil apa saje coklat yang ada. Heaven tahu? Ada Malteser, ada Kinder Bueno, ada KitKat, ada Hershey's. Melting--

Bayar mahal pun tak rasa terkilan. Berbaloi sungguh. Alhamdulillah dapat join sebeb text Kak Rina betul-betul satu hari sebelum kelas. Tanya Kak Rina ada kosong tak, terus booked. Bukan apa, baru decide.


Tak akan menyesal kalau tempah kek dengan Kak Rina, Instagram @canteksekali
Atau kalau nak tempah kek dengan owner Bukan Belle pun boleh harga boleh runding mehehe.
Terima kasih untuk Kak Yani juga sebab sediakan studio yang cantik dan selesa anak-anak murid nak belajar. Nak tempah kek dengan Kak Yani pun boleh, Instagram @thekitchenguardian

Nak sambung makan kek lagi--

Monday 9 December 2013

Decorating Class at KG Studio

Quick update.


Semalam pergi kelas yang takut sangat nak pergi pada mulanya. Betul takut sangat. Pagi sebelum nak pergi, siap sakit perut. Kalau dah tahap sakit perut, tahulah. Dah paling nervous latuh. Semua terkejut bila beritahu aku nak masuk kelas ni. Sehari sebelum baru beritahu Ibu dan Ayah, pun terkejut juga. Mereka ingat aku ni takde tokoh ke nak masuk kelas-kelas cenggini? Phewww.


Malam tu tak boleh tidur. Last tengok jam, 4 pagi. Gelisah. Pusing kiri pusing kanan tak mahu lelap juga. Samada too excited or too nevous. Jadi dah boleh agak. 

Sah, nervous.

Kelas mula pukul 9 pagi, 8:45 aku masih di rumah. Kelam kabut sikit sebab pagi tu, ada catering dekat Bukit Beruntung. Jadi kena settle down yang tu dulu baru boleh pergi. Lagilah nervous datang lambat. Kalau awal, boleh stretching stretching dulu dalam kelas mihmih.

Alhamdulillah, pagi tu nak ke Taman Melawati tak jem, mungkin sebab pagi lagi. Traffic light pun hijau je. Bagus betul. Sampai KG Studio tepat pukul 9. Kalau lebih pun, lebih sikit je =P Masa tu ada lagi yang tak sampai lagi. Lega. Yang ada pun tengok tengah beramah mesra.

Meheheee.

Aku dapat tahu dari Instagram Kak Rina. Masa Kak Rina posted about the class, terus Watsapp jam-jam tu juga tanya ada kosong lagi atau tak. Dan.. Booked. Masa tu excited habis lah. :/


Studio dia sangat nice and calm. Sesuai untuk orang-orang yang over nervous macam aku ni.

Dah mula tunjuk skill diaaa.

Kelas ni bagi basic recipe for cake and recipe for frosting yang aku nak sangat, Swiss Meringue Buttercream. Belajar dari Youtube tak pernah menjadi. Semua buang ke tanah. Tu satu. Untuk Cream Cheese frosting pun ada recipe dia dan juga Chocolate frosting.


Anak-anak murid punya kek termasuklah Bella punya kehkehkeh. Jadi yang mana Bella's?

Yang ganjil tu Bella punya. 

Lepas tengok kek sendiri, rasa tangan ni sangat sangat sangat berharga.. 

Bermula semalam kehkehkeh.


Thursday 5 December 2013

Sambung Belajar

Selasa minggu lepas. Sampai rumah awal, dalam 6:30-6:45 petang. Nak kata tak jem, tak juga. Sebab keluar office pun awal, 5:30 petang dah kemas meja, off PC semua. Tapi taklah seteruk jem nak pergi kerja pagi tu. The worst traffic ever! Dua jam lebih ambil masa nak sampai ke office yang sekangkang kera dari rumah. Eh NO. The worst traffic was about few months ago. Friday morning, and it was raining. I managed to touch in after 3 hours. Pukul 11 pagi sampai. Tercalar rekod. Err semalam pun sampai pukul 11 juga tapi yang itu in purpose.

Kalau jejak rumah tengok jam masih lagi angka 6, kira awal lah tu. Takkan merasa kalau kau keluar pukul 5, 5 lebih dah sampai (yang sepatutnya macam tu). Jadi bila dah awal, ingat nak buat kek lepas Maghrib. Punggah cabinet dapur, tepung kek habis. Menganga lah. Malas dah nak keluar pergi beli. 

Nak tukar baju elok sikit.

Nak pakai tudung.

Nak ambil kunci kereta.

Nak sarung selipar.

Nak panaskan enjin.

Nak pakai speks.

Drive.

Never. Semua tu malas. Semata untuk tepung kek.


Bila dah tak jadi buat kek, tengok TV. TV pun sekarang tak ada cerita best. Drama-drama pun tak menarik minat langsung nak tengok. Sebelum ni ada juga tengok cerita yang femes-hot-meletup-letup Love You Mr Arrogant. Itu pun langkau-langkau. Tak tengok semua episod sebab tak selalu sampai rumah awal-- Suka si Sherry sotong tu mehehe.

*Dapat Whatsapp* (manusia ni takde LINE, takde WeChat, takde KakaoTalk)

Dah nak sambung belajar ke?

Yang kau tweet tu.. Kau nak bayar duit kelas. Dah nak buat master ke?


Lahh tak terfikir pula orang akan fikir macam tu. Bab nak bayar tu, untuk kelas lain. 
Kelas mak-mak. =P

Excited nak masuk kelas tapi masa yang sama, TAKUT GILA.

GILA.

Terbuka bab sambung belajar.. 

Jantung jadi laju. Sebab rindu. Macam buku, sehelai sehelai dia buka.

Memang betul. Rindu nak rasa stress belajar; is actually better than you pressure at work. Lagi zalim apa yang dirasakan sekarang walaupun dah tak kerat rambut sendiri mihihi. Senget benget rambut aku masa tengah final year degree ala bukan orang nampak yang penting nak lega. Luckily, it released.

Tapi kalau nak ingat zaman belajar, macam-macam benda tak boleh lupa. Paling tak lupa, hostel berhantu. 
Tengok kawan sendiri meracau for the first time dalam hidup memang seram kebas tengkuk. Sebabkan takut, tidur malam dua orang share satu katil kecil dengan Waniey yang nampak gagah rupanya takut juga mihmih dah lah panas masing-masing tak kena kipas. :/
Ada yang kena kejar dengan babi hutan pun ye depan kolej kahkahkah lintang pukang lari dengan baju kurung pagi nak ke kelas. Nasib aku lambat sikit je hewhew kalau tak, sama-sama berkejaran.

DAN..


Yang paling terpahat dalam ingatan, macam mana rasa sakit difitnah kawan. Out of expectation, my dear good friend termakan cerita fitnah tu. Tuhan yang tahu. Ya, Tuhan yang tahu keadaan masa tu. Final year juga. Nasiblah lulus =P


Tengoklah. jika di izinkan lagi, aku akan sambung. Dengan hati terbuka-- Tua-tua nanti boleh eksyen dengan cucu, "Nenek kau ni pun pandai juga, tahu?" Kehkehkeh.

Doa-doakan..

Yang ikhlas.

Wednesday 4 December 2013