Wednesday 29 January 2014

Wordless Wednesday : Kata-kata



Memang ada yang dikurniakan kebolehan mengeluarkan kata-kata indah, 
yang buat orang lain terpesona.

Thursday 16 January 2014

Those were the days, My Friends


Sebelum aku belajar dekat Jengka, dekat Shah Alam, ramai yang tak tahu aku ada belajar di Kuala Pilah. Tempat yang pertama aku pergi lepas SPM, yang luar dari KL. Tak lama pun. Dalam 6 bulan. Kawasan situ pun tak besar. Bangunan pun kayu lagi. Kayu-kayu pun tapi aku rasa, pengalaman belajar kat situ yang paaaaaaaaling best.

Best sebab apa?

Hmm hmm tak payahlah. Kalau cerita, best dia banyak. Classmates, lecturers, accommodation yang macam duduk dalam dusun main petik buah yang ada depan rumah bawa pergi kelas kalau malas pergi breakfast, kelas dekat tak perlu berjalan jauh, kelas ada dua tingkat saje tak penat naik tangga, haa apa lagi.

Tapi bukan itu yang nak dikenang.


Dua manusia ini yang perlu dikenang. Bertahun tak jumpa-- Yang buat tak putus hubungan, kami selalu berhubung WhatsApp. Cuma lately dah macam tak tahan. Bila mula teringat kenangan-kenangan lampau, KITA KENA JUMPA! Gitu.




Paling ketara kes bangun lambat nak pergi kelas. Ada test tak silap. Matilah kalau tak pergi. Carry marks kena jaga. Mata pisat-pisat pun pergi hewhew balik lambat lagiiiii.




Dulu perangai memang tak semenggah selalu balik lambat, masuk ikut pintu belakang. Balik lambat kalau tak menyusahkan orang suruh teman takpe. HEHEHE. 

Tapi sekarang dah insaf, dah lain, sejak belajar kat Jengka lagi dah berubah ke arah yang lebih feminin ecewah.

Beriya ulang ayat yang sama, "You.. Kenapa dah 'perempuan' ni? Macam tak percaya."

"Nak pergi kenduri eh pakai macam ni?"

Agak-agaklah kalau nak perli. -_____-

AKU MEMANG PEREMPUAN LAAA. 

Itulah, sepatutnya kena jumpa dari dulu lagi supaya engkorang tak terkejut sangat sampai macam ni jadinya.
Tak tengok aku pakai heels lagi. =P







Aku pun rasa aku berbeza sangat dari dulu.. TAPI yang bengangnya,

Kenapa aku still yang paling pendek? Rasa macam dah tinggi dah!

Friday 10 January 2014

Upset


Situasi yang sepatutnya :
Kau bekerja sebagai orang tengah. Kau deal dengan Customers/Clients, dan kau deal dengan Technical Support/Developer (tukang selesai masalah). Bila Customer/Client complaint, kau log report beserta details yang sepatutnya dan kau forward ke tukang selesai masalah tersebut. Kau cuma tunggu results/solutions atau cara lain yang boleh dibuat yang diberi oleh tukang selesai masalah, dan kau akan maklumkan Customers/Clients tadi. Kau tak perlu sesak fikiran dengan masalah yang datang,

Konsep dia,
Customers/Clients (masalah) > Kau (provide details) > Technical Support/Developer (solutions) > Kau (dapatkan solutions) > Customers/Clients (selesai)

Masalah pun sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Serumit mana pun, masih dalam acceptable period of time to resolve the problem. Paling tidak, within 24 hours you should get the initial respond from the developer so that you could provide the best to the clients and they have the patience to wait. At least.

Situasi sekarang :
Customer/Client complaint, kau log report, kau forward ke tukang selesai masalah. 

Tak ada sebarang respond dalam 24 jam seperti yang diperuntukkan.

Esoknya, kau minta update-- Seperti biasa, tak ada maklumbalas.

Kau tunggu lagi.

Hari lain, kau minta update lagi. Respond, "Under investigation. -Team"
OK, kau terima. SEKURANG-KURANGNYA BERBALAS.

Customer/Client dah mula minta update juga. Kau runsing. Sebab, pada kau masih lagi kosong, masih lagi di awang awangan tak ada sebarang jawapan yang dapat kau beri.

Kau minta lagi. Apa yang kau dapat?
"Please provide us the problem details. Thank you. -Team"
What do you expect? All the details had been given earlier demi Allah dan kenapa minta lagi. Jadi sebelum ini, diabaikan sahaja atau rekod hilang?

Kau bengang. Bengang macam mana pun kau kena beri sekali lagi dengan harapan, masalah dapat diselesaikan segera. Tapi,

Senyap.

Custumers/Clients marah. Dipersoal kenapa lambat. Bila dah kena marah, kau pun manusia biasa, kau menyumpah kau mengomel. Jadi, kau tanya lagi, "Team, any update upon this matter? Kindly revert us as soon as possible." Takde marah, takde provokasi, takde apa, just plain. Hati tukang selesai masalah kena jaga takut nanti tak berbalas langsung lagi parah.

Yup, replied. Tapi apa yang dibalas langsung tak ada kena mengena dengan apa yang diutarakan, apa yang dibalas juga benda yang kau dah tahu kau dah verify benda tu dengan Customers/Clients, apa yang dibalas sungguh SINIS macam kau ni bodoh kau ni orang yang tak ada pelajaran tak setaraf mereka yang bijak pandai dan kau adalah orang yang tak faham bahasa.

Kau cuba explain lagi masalah Customers/Clients satu persatu supaya tukang selesai masalah faham keadaan sebenar.

Pada masa yang sama, Customers/Clients dah lebih tahap bersabar. Perkara diajukan ke top management. Service lambat.

Top management hanya minta progress details. That's it takde sebarang judgement. Boleh. Kau boleh bagi. The chronology will be provided. Tapi kau jadi marah yang amat bila ada seorang yang mencelah, terus tujukan kesalahan tu pada kau walhal tugas kau ni sebagai orang tengah sahaja. Tahu tak orang tengah tu apa? Tukang menyampai. Provider! Yang segala masalah datang dari sistem developer itu sendiri, tak semena kau dipersalahkan. Kau lambat respond. Kau tak proaktif. Kau tak produktif.

(Tak tahu words apa yang patut dikeluarkan untuk orang macam ni)

Siapa yang tak proaktif? Siapa yang tak produktif? Siapa yang lambat?

Dari dulu lagi kan. Kalau tak tahu hujung pangkal jangan masuk campur. Kalau nak masuk campur, tanya dulu progress dari awal sampai akhir. Baru tahu duduk perkara sebenar. Jangan main tuju-tuju tu salah siapa.

Mungkin salah Technical Team/Developer sebab lambat respond. Dan mungkin salah kau juga sebab kurang provide info seperti yang diperlukan. So, don't judge. 

Tapi kenapa tak minta kalau info tak cukup..

The worst is, Technical Team/Developer which is TUKANG SELESAI MASALAH turut sama salahkan kau bila MASALAH TAK SELESAI HINGGA KINI. Apa yang kau boleh buat lagi as a provider? Everything's provided! 

Kau ditengah dan jadi tempat untuk lepaskan kemarahan. Tahu tak apa rasa bila hari-hari kena marah. Marah benda yang bukan salah kau.. Macam mana kau nak pergi kerja nak bekerja bila tahu kau akan dimarah. Takkan terlepas.

***

Entah sampai bila.. Sepatutnya dari dulu lagi menyerah kalah. Tak perlu cuba untuk bertahan. Semua menyakitkan. Mendidih naik ke kepala petang tadi sampai sekarang tak reda. 

Satu je, bagi aku lena untuk malam ni.

Please guide us.

Saturday 4 January 2014

Strawberry Compote


Hari yang baik hari ni. Kan? Jadi hari yang baik juga untuk siapkan semua bahan untuk baking esok. Barang-barang dah beli Rabu lepas. Semua yang nak, ada. Tapi satu yang kecewa sikit. Pasal Strawberry. Merata cari, semua kedai masuk, boleh tak ada. Strawberry lah yang paling penting sebab..

Nak buat Strawberry Compote resipi dari @canteksekali.

Akhir sekali, ke Tesco Ampang. Alhamdulillah. Apa yang dicari, ada di sana. OK juga walaupun kecil-kecil kecut-kecut tak berapa merah. Paling tak sangka, hari ni dia dah jadi merah segar. Bau pun sedap.






Bahan:
1 kotak Strawberry
1/4 cawan gula caster
1 biji lemon
Vanila

Cara:
Panaskan Strawberry dan gula caster dengan api yang sederhana.
Masukkan vanila dan kacau sehingga menggelegak.
Tutup api, masukkan perahan lemon ke dalam campuran Strawberry dan kacau.

Jadi!

Wednesday 1 January 2014

Goodbye My 2013!

Pembukaan 2012 dulu penuh dengan duka. Macam tu juga untuk 2013. Menangis tak usah cakap. Hari-hari cakap kuat, hari-hari tu juga menangis. Bila teringat, menangis. Makan, menangis. Duduk berdiri, menangis. Tidur pun menangis. Apa saje yang tak menangis? Tengok cerita kelakar pun aku boleh menangis. 


Sampai aku mintak mati.


Tapi Tuhan tahu. Semua dah tetap perancangan-Nya. Tuhan tak tarik nyawa kau sekarang sebab terlalu banyak dosa. Dan mungkin segala yang jadi atas dosa-dosa kau yang dulu.


Hari ke hari aku mencari diri semula. Supaya duduk betul pada kedudukan asal. Merangkak perlahan-lahan. Penuh tertib. Keraskan hati, pekakkan telinga dengan cakap keliling. Sebab tak tahan, jadi kena kuat. Paksa diri. 

Bagi aku, 2013 adalah tahun yang banyak aku larikan diri. Aku lari sebab nak jaga hati. Lebih baik lari kalau itu yang boleh selamatkan diri dari tersua-sua muka.


Satu bendalah yang berkesan aku buat, 

cuba letak segala kegelisahan dan masalah tu pada kasta yang paling bawah. Tengok kesusahan dan derita orang lain. Kau lebih menerima sebenarnya. Secara tak langsung, kau juga boleh jadi insan yang bersyukur.

Supaya tahun 2014 ini nanti aku jadi lebih dan lebih lagi bersyukur, simpan cuti banyak-banyak jangan lupa mehehehe dan! Dapur Kak Bella makin berseri.

 




 

Happy New Year!